Dua Bekas Atlet Terima Kunjungan YAKEB

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua bekas atlet kebangsaan, peninju sekitar tahun 70an Sharif Ali, 67, dan pemain bola sepak, Yusoff Bakar, 75, dikunjungi pegawai-pegawai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) diketuai pengerusinya eksekutifnya, Datuk Dr Mumtaz Jaffar, Isnin.

"Kami datang melawat mereka untuk memberi suntikan semangat dan sumbangan kepada yang sedang sakit. Saya lihat mereka ceria menerima kunjungan kami," kata Mumtaz di rumah Yusoff di Taman Syed Mohamed di sini.

Hadir sama raja bola sepak Datuk Abdul Ghani Minhat, bekas pemain negara Khalid Ali, bekas pelari pecut Datuk M.Rajamani, bekas jaguh jaguh bina badan Datuk Malek Noor dan bekas pemain badminton, Rashid Sidek.

Mumtaz juga meminta atlet-atlet supaya mendaftar dengan YAKEB supaya kebajikan mereka terjaga dan bagi memudahkan bantuan diberikan.

Katanya YAKEB sukar membantu bekas atlet yang tidak mendaftar apabila mereka memohon bantuan.

Yusoff pula melahirkan rasa terharu dengan kunjungan rakan-rakan atlet untuk melihat keadaan beliau yang menghidap penyakit gaut. "Saya anggap ini penghargaan bermakna kerana selepas bersara dari sukan bola sepak masih berpeluang bertemu rakan-rakan lama," katanya.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan