Tomizawa Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Moto2 dari Jepun, Shoya Tomizawa meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan mengejut pada Grand Prix San Marino.

Doktor Claudio Costa yang terlibat dalam pasukan perubatan kejuaraan motosikal dunia itu mengesahkan perkara berkenaan kepada media.

Semua pelumba kelas MotoGP turut dimaklumkan mengenai perkara itu selepas perlumbaan masing-masing.

"Selepas mengetahui insiden itu, tiada apa yang lebih penting. Dia begitu menyenangkan dan kemalangan itu amat ngeri," kata juara dunia, Valentino Rossi kepada televisyen Mediaset.

Tomizawa hilang kawalan di satu selekoh dan terjatuh lalu dilanggar motosikal yang ditunggang Alex De Angelis dan Scott Redding. Bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Perlumbaan itu diteruskan walaupun diprotes oleh pengulas televisyen yang mahu ia dihentikan. Perlumbaan itu dimenangi pelumba Sepanyol, Tonis Elias.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan