suria

Pedrosa Catat Masa Terpantas Di San Marino

Pedrosa mencatat kemenangan buat kali kedua berturut-turut.
Pedrosa mencatat kemenangan buat kali kedua berturut-turut.
Pedrosa mencatat kemenangan buat kali kedua berturut-turut.

DANI Pedrosa meraih kemenangan selesa pada Grand Prix MotoGP San Marino walaupun dibayangi kemalangan ngeri hingga meragut nyawa pelumba Moto2, Shoya Tomizawa.

Berita kematian Tomizawa terjadi ketika perlumbaan utama MotoGP ekoran kemalangan ngeri awal pagi tadi dan pelumba-pelumba dimaklumkan mengenainya selepas mereka menamatkan aksi masing-masing.

Bendera di podium dikibarkan setengah tiang bagi menghormati kematian Tomizawa.

"Sebaik saja anda mendengar berita itu, segalanya tiada makna," kata juara dunia, Valentino Rossi.

Pedrosa merangkul kemenangan kedua berturut-turut selepas memulakan perlumbaan pada petak pertama di Misano.

Pelumba The Respol Honda itu mendahului 1.9 saat di depan Jorge Lorenzo manakala Rossi menduduki tempat ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beckham Turun Padang

Artikel Lain