Kelly Diharap Mampu Pertahankan Gelaran Juara

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain golf amatur negara, Kelly Tan (gambar) akan turun beraksi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Golf Terbuka Remaja Malaysia 100Plus Ke-5, di Nexus Golf Resort Karambunai, Kota Kinabalu pada 16 hingga 19 September ini.

Pada kejohanan yang sama tahun lalu, Kelly dan Gavin Kyle Green mencipta sejarah negara apabila muncul buat pertama kali sebagai juara kejohanan itu.

Dia juga turut bergelar juara keseluruhan dan juara Bawah 16 tahun dan tahun ini Kelly bakal bergandingan dengan Chan Tuck Soon.

Aksi Kelly lebih menjadi tumpuan tahun ini setelah mempamerkan aksi mantap pada pusingan akhir kelayakan rantau Asia Tenggara bulan lalu sekaligus layak untuk menyertai Kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby pada Oktober ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Datuk Robin Loh berkata, pihaknya sengaja merancang mengadakan kejohanan ini pada 16 September sempena Hari Malaysia.

“Sukan golf adalah contoh terbaik untuk memaparkan konsep 1Malaysia yang mana ia melibatkan semua bangsa dengan latar belakang yang pelbagai, namun misi par adalah sama,” katanya pada sidang media, Isnin.

Robin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Golf Resort Karambunai berkata, pihak persatuan berharap semua pemain yang terlibat pada kejohanan ini akan menunjukkan prestasi cemerlang kerana ia adalah landasan terbaik bagi pemilihan pada kejohanan lain selepas ini.

“Biarpun kejohanan ini tidak menawarkan wang ringgit, tetapi prestasi terbaik mereka akan turut memberi kesan kepada kedudukan ranking dunia. Itu lebih penting.

“Malah selepas ini ada lagi beberapa kejohanan besar dan penilaian pemain akan turut dibuat pada kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu, kejohanan tahun ini juga bakal diserikan dengan satu lagi penambahan pasukan yang menjadikan 12 buah negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Semenjak dua tahun lalu, hanya 11 negara yang mengambil bahagian.

“Kami menyasarkan boleh mencapai 120 peserta keseluruhan tahun ini termasuk 30 peserta negara. Sasaran itu mungkin tercapai sebelum kejohanan berlangsung,” katanya.

Antara negara lain yang turut mengambil bahagian ialah Taiwan, Papua New Guinea, India, Hong Kong, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Vietnam, Thailand, Cambodia serta Korea Selatan.

Selain itu beliau juga turut memuji peranan 100Plus dalam memberi sokongan penuh kepada sukan golf ini.

“100Plus telah menyokong kejohanan junior sejak tahun 2001 lagi dan ia juga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan golf junior di negara kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan