Chong Wei Kembali Jalani Latihan Isnin Ini

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan kembali menjalani latihan bermula Isnin ini, selepas berehat akibat kecederaan pada belakangnya sewaktu Kejohanan Dunia di Paris minggu lepas.

Jurulatih perseorangan badminton negara Datuk Misbun Sidek berkata, Chong Wei akan menjalani latihan sebagai persediaan untuk bertanding dalam Kejohanan Terbuka Jepun pada 21 hingga 26 September ini.

"Chong Wei ada menyatakan hasrat kepada saya untuk kembali berlatih setelah lebih seminggu tidak menjalani latihan sejak pulang dari Paris minggu lepas bagi memberi tumpuan kepada kejohanan selepas ini.

"Walau bagaimanapun, ia tetap bergantung kepada laporan akhir kesihatannya nanti," katanya.

Misbun berkata anak buahnya itu telah menarik diri daripada kejohanan China Master Super Series pada 14 hingga 19 September ini susulan keputusan ujian X-ray dan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dikeluarkan oleh Institut Sukan Negara semalam.

"Sekarang ini dia akan membuat persiapan untuk kejohanan Terbuka Jepun. Kita tetap akan memantau perkembangan persiapan latihannya dan jika keadaannya tidak mengizinkan, mungkin saya akan menariknya daripada kejohanan yang akan dia sertai, selain persediaan untuk Sukan Komanwel," katanya.

Chong Wei, 27, bakal menggalas cabaran dalam acara individu dan berpasukan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi yang berlangsung mulai 3 hingga 14 Oktober depan.

Sebelum ini, kecederaan belakang menghalang Chong Wei melangkah ke separuh akhir Kejohanan Dunia di Paris, sekaligus memaksa beliau tunduk kepada pemain Indonesia Taufik Hidayat pada suku akhir, 27 Ogos lepas.

Chong Wei tewas kepada pemain pilihan kelima itu 15-21, 21-11, 12-21.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam itu, permainan Chong Wei ternyata tidak menjadi, terutama pada set penentuan sehingga memberi jalan mudah untuk Taufik mendahuluinya pada suku akhir perlawanan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan