suria

Silva Kini Milik City

PEMAIN sayap Sepanyol, David Silva menyempurnakan perpindahan bernilai 24 juta pound (RM117.4 juta) ke Manchester City dari Valencia.

Villa, 24, tiba di Easltands untuk melengkapkan pemeriksaan kesihatannya sebelum menandatangani kontrak bersama kelab itu selama empat tahun.

Selepas kejayaan Sepanyol muncul juara Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, Silva mengimpikan untuk membantu City memenangi trofi pada musim depan.

"Saya amat gembira dengan apa yang kami lakukan pada musim panas ini. Ia adalah saat manis yang sukar dilupakan. Saya gembira jika kami akan melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah dan menenangi sebarang trofi," katanya.

Silva dilaporkan sedang bercuti di Kepulauan Carnary sebelum menyertai skuad itu dan menyedari dia akan memperoleh tempat dalam kesebelasan utama City.

"Sasaran utama saya adalah untuk tersenarai dalam skuad utama. Kemudian saya akan berjuang untuk aksi liga dan pertandingan lain. Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini bersama pasukan baru," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain