Tiga Beregu Negara Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 9 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tiga pasangan beregu Malaysia, pilihan keempat Chan Peng Soon/Goh Liu Ying; pilihan kelapan Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei; dan Ong Jian Guo/Chong Sook Chin melangkah ke suku akhir dalam acara beregu campuran Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini semalam.

Peng Soon dan Liu Ying menang 21-19, 14-21, 21-13 ke atas rakan senegara Lim Khim Wah/Lim Yin Loo untuk bertemu Devin Lahardi Fitriawan/Liliyana Natsir dari Indonesia.

Devin dan Liliyana menang 21-3, 17-21, 21-12, ke atas Flandi Limpele (Indonesia)/Lotte Jonathans (Belanda). Wee Kiong/Khe Wei yang menang 21-15, 11-21, 21-16 ke atas rakan senegara Mohd Razif Abdul Latif/Marylen Ng Poau Leng akan berdepan pilihan ketiga Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand, yang mengetepikan Mochamad Rizki Delynugraha/Richi Puspita Dili dari Thailand 21-16, 21-17.

Jian Guo/Sook Chin pula yang menang 21-17 21-6 ke atas rakan senegara Yeoh Kay Bin yang bergandingan dengan Karyn Cecilia Velez dari Amerika Syarikat, akan ditentang pilihan ketujuh dari Jepun Shintaro Ikeda/Reiko Shiota yang mengalahkan Irfan Fadhilah/Weni Anggraini dari Indonesia 21-18, 21-16.

Pilihan utama Hendra Aprida Gunawan/Vita Marissa dari Indonesia yang mengalahkan gandingan dari Malaysia Ow Yao Han/Lai Pei Jing 21-11, 21-12, akan bertemu rakan senegara mereka Markis Kido/Lita Nurlita yang menang 21-17 21-18 ke atas satu lagi gandingan dari Malaysia Gan Teik Chai/Ng Hui Lin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan