suria

Beregu Pilihan Pertama Malaysia Tersingkir

JOHOR BAHARU: Beregu pilihan pertama Malaysia Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty gagal mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia apabila tewas 23-25, 21-12 kepada pasangan Indonesia Vita Marissa dan Nadya Melati di sini hari ini.

Satu lagi beregu Malaysia Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean turut tersingkir apabila kalah 21-18, 17-21, 20-22 oleh beregu Indonesia Richi Puspita Dili dan Weni Anggraini.

Beregu ketiga negara Ng Sin Er dan Nurhani Abdul Aziz juga tewas 5-21, 10-21 kepada beregu kedua Thailand, Amitrapai Savitree dan Munkit Vacharaporn.

Bagaimanapun, tujuh lagi beregu Malaysia berjaya mara ke pusingan kedua.

Mereka ialah Norshahida Baharum/Ti Wei Chyi; Nairul Suhada Abdul Latif/Marylen Ng Poau Leng; Lai Pei Jing/Shevon Jemie Lai; Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei; Ng Hui Ern/Ng Hui Lin; Goh Liu Ying/Lim Yin Loo; Sonia Cheah Su Ya/Yang Li Lian.

Gandingan lain yang turut berjaya mara ke pusingan kedua ialah Lotte Jonathans/Paulien Van Dooremalen (Belanda);

Duanganong Aroonkesorn/Kunchala Varavichitchaikul dan Savitree Amitrapai/Vacharaporn Munkit (Thailand);

Rie Eto /Yu Wakita and Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun);

Chan Tsz Ka/Chau Hoi Wah (Hong Kong); dan Zhang Dan/Zhang Zhibo (Macau).

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain