Skuad Piala Thomas Dan Uber Tidak Perlu Pakai Topeng Muka:ISN

Diterbitkan: Rabu, 5 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun skuad Piala Thomas dan Uber negara dilanda kebimbangan berikutan dua jurulatihnya, Rashid Sidek didapati positif jangkitan virus Influenza A (H1NI) sementara abangnya Misbun pula kini demam, namun tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada skuad itu untuk menggunakan topeng muka semasa latihan.

Ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, pemakaian topeng muka ketika latihan akan mengganggu pernafasan pemain, tetapi mereka digalakkan berbuat demikian di luar waktu latihan.

"Pemain-pemain badminton negara juga diminta menghadkan kegiatan luar mereka. Selain Rashid, Misbun serta anggota keluarga mereka yang terbabit, jurulatih lain serta pemain-pemain tidak mempunyai masalah kesihatan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid bersama isteri dan dua anaknya serta anak Misbun, Ramdhan Misbun disahkan positif Influenza A.

Sementara Misbun yang menemani isterinya, Latifah Sidek, yang mendapat rawatan buah pinggang di sebuah hospital swasta, turut demam sejak dua hari lepas.

Mengenai laporan yang mengatakan Misbun juga mungkin positif terhadap jangkitan penyakit itu Dr Ramlan berkata, jurulatih perseorangan itu hanya demam biasa tetapi ketika ini perlu memberikan tumpuan kepada anaknya Ramdhan, isterinya serta dua lagi anaknya yang turut dikuarantin di hospital.

"Saya percaya, jika kesemua anggota keluarganya pulih, Misbun kembali dengan skuad kebangsaan. Ketika ini, biarlah dia dengan keluarganya terlebih dahulu," katanya.

Mengenai ketidakhadiran pemain perseorangan wanita utama negara, Wong Mew Choo pada sesi latihan penyesuaian gelanggang di Stadium Putra semalam, Dr Ramlan berkata pemain itu keletihan akibat latihan keras.

"Dia hanya mengalami keletihan dan kekurangan air dalam badan akibat latihan. Tetapi hari ini, dia sudah pulih," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan