Vettel Sambar Petak Pertama GP Australia

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel terus berada di petak pertama pada permulaan sesi baru Formula Satu musim ini apabila menyambar tempat pertama pada kelayakan Grand Prix Australia, mengatasi rakan sepasukan yang juga harapan tuan rumah, Mark Weber.

Vettel mencatatkan masa satu minit 23.919 saat di litar Albert Park mengecewakan harapan penyokong tuan rumah yang menaruh harapan tinggi mahu melihat kejayaan Webber.

Bagaimanapun, kedudukan 1-2 dikuasai oleh Red Bull yang mempunyai kedudukan baik untuk mencipta kemenangan selepas gagal di Bahrain awal bulan ini.

"Ini tuan rumah bagi Webber tetapi tahun lalu dia berada di petak pertama di Jerman, jadi ia seperti balas dendam.

"Esok akan lebih kepada tugas berlumba kerana biasanya banyak perkara berlaku di sini.

"Kami gagal melakukannya tugas ini di Bahrain, jadi kami akan cuba melakukannya di sini," ujar Vettel.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang menjuarai pembukaan musim minggu lalu selepas jentera Vettel mengalami masalah mekanikal ketika mendahului tempat pertama GP di bawah peraturan baru pengisian semula minyak, berada di tempat ketiga sementara rakan sepasukannya, Felipe Massa di tempat kelima.

Berikut barisan pelumba Grand Prix Australia yang akan berlangsung hari ini selepas sesi kelayakan semalam:

1. Sebastian Vettel, Germany, Red Bull.

2. Mark Webber, Australia, Red Bull.

3. Fernando Alonso, Spain, Ferrari.

4. Jenson Button, Britain, McLaren.

5. Felipe Massa, Brazil, Ferrari.

6. Nico Rosberg, Germany, Mercedes.

7. Michael Schumacher, Germany, Mercedes.

8. Rubens Barrichello, Brazil, Williams.

9. Robert Kubica, Poland, Renault.

10. Adrian Sutil, Germany, Force India.

11. Lewis Hamilton, Britain, McLaren.

12. Sebastien Buemi, Switzerland, Toro Rosso.

13. Vitantonio Liuzzi, Italy, Force India.

14. Pedro de la Rosa, Spain, Sauber.

15. Nico Hulkenberg, Germany, Williams.

16. Kamui Kobayashi, Japan, Sauber.

17. Jaime Alguersuari, Spain, Toro Rosso.

18. Vitaly Petrov, Russia, Renault.

19. Heikki Kovalainen, Finland, Lotus.

20. Jarno Trulli, Italy, Lotus.

21. Timo Glock, Germany, Virgin.

22. Lucas di Grassi, Brazil, Virgin.

23. Bruno Senna, Brazil, Hispania.

24. Karun Chandhok, India, Hispania.

- AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan