Lotus F1 Malaysia Uji Pandu Jentersa Seminggu Awal

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan F1 Malaysia, Lotus F1 Racing Team akan melakukan uji pandu pada 5 Feb, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan sebelum ini (12 Feb), untuk memastikan kereta itu bersedia untuk ujian di litar Grand Prix Bahrain pada Mac.

Ketua Pegawai Teknikal pasukan itu, Mike Gascoyne berkata, berikutan tarikh untuk uji pandu itu sudah disahkan, ia akan dipandu di trek buat pertama kalinya pada ujian rasmi ketiga di dua litar di Sepanyol iaitu di Jerez dari 17 Feb dan Barcelona dari 25 Februari.

"Kami juga mensasarkan untuk menguji (enjin) casis dua pada dua hari terakhir ujian di Barcelona.

"Ini pastinya akan menjadi dorongan kepada semua orang dan mempamerkan kerja keras yang telah kami lakukan sejak penyertaan kami dalam Grand Prix (GP) Formula One (F1) Dunia disahkan pada 12 Sept," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.

Gascoyne berkata, program pembangunan sedia ada akan menyaksikan pengemaskinian besar pada Grand Prix Sepanyol pada Mei. "Kami mensasarkan untuk mendahului pasukanpasukan baru di Bahrain dan kami juga mahu berupaya mengekori dekat pasukan terkemuka selepas beberapa perlumbaan pertama musim ini."

Perlumbaan pembukaan musim GP F1 Dunia 2010 akan bermula di Bahrain pada 14 Mac diikuti GP Australia (28 Mac) dan GP Malaysia (4 April).

Pasukan Lotus F1 Racing telah memilih Jarno Trulli dari Itali, Heikki Kovalainen dari Finland dan pelumba Malaysia, Fairuz Fauzy sebagai pemandu untuk menerajui perlumbaan sulung musim F1 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan