ATM Bariskan 12 Pemain Import Tempatan Hadapi Liga Perdana

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEDIA GEMPUR ... Pemain-pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaungkan
SEDIA GEMPUR ... Pemain-pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaungkan "sedia gempur" selepas majlis menandatangani kontrak pemain bola sepak ATM Liga Malaysia 2010 di sini, hari ini. Seramai 12 pemain dan lima orang pegawai sukan serta jurulatih menandatangani kontrak bersama pasukan ATM. Pasukan bola sepak ATM terdiri daripada 12 orang pemain profesional, tiga orang jurulatih manakala selebihnya adalah pemain daripada warga ATM itu sendiri.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuktikan kesungguhan mereka untuk menjadi pencabar utama saingan Liga Perdana musim 2010/2011 dengan mendapatkan khidmat 12 pemain import tempatan.

Dua belas pemain itu adalah dua penjaga gol Mohd Nizam Daud dan Mohd Nasril Norudin; empat pemain pertahanan Ahmad Tarmizi Saiban, Mohamed Aslam Haja Najumudiin, Fahrul Nizwan Abdul Nasir dan Mohd Syahman Zainuddin; tiga pemain tengah Chan Wing Hong, Danial Fadzly Abdullah dan Mohd Nafuzi Zain; dan tiga penyerang Muhammad Khalid Jamlus, Saravanan Vello dan Mohd Alafi Mahmud.

Barisan jurulatih dan pegawai juga diperkuatkan dengan kehadiran Mohd Razali Alias sebagai jurulatih dan penolong jurulatih Zulhamizan Zakaria, sementara jurulatih penjaga gol adalah Abdul Rashid Hassan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis menandatangani kontrak para pemain ATM di sini hari ini.

"Dua belas pemain ini akan dibayar gaji mengikut harga pasaran, manakala pemainpemain (anggota) ATM sendiri memperolehi elaun tambahan sebanyak RM1,500 sebulan dan jika prestasi mereka memberangsangkan ia akan dinaikkan nanti," katanya.

Beliau juga berkata jika ATM mencapai kemenangan selaku johan sama ada dalam Liga Perdana, Piala Malaysia atau Piala FA, pemain ATM ini akan dinaikkan pangkat secara automatik.

"Bagaimanapun, kesemua 12 pemain import tempatan ini diwajibkan mengikuti latihan askar wataniah untuk memastikan mereka menjadi sebahagian daripada warga pasukan keselamatan," kata Ahmad Zahid.

Dalam usaha mempertajamkan kesefahaman dan corak permainan, skuad tersebut akan menjalani latihan di Australia bermula 10 Dis dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukanpasukan di sana. Dalam cabaran musim Liga Perdana 2008/2009, ATM hanya mampu menduduki tangga ke10 daripada 14 pasukan dengan mencatatkan 22 mata hasil daripada lima kemenangan, enam seri dan 13 kekalahan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan