suria

Tenis berkerusi roda Terbuka Malaysia 20-22 November

KUALA LUMPUR: Seratus pemain Orang Kurang Upaya dari 11 negara akan menyertai Kejohanan Tenis Berkerusi Roda Terbuka Malaysia kali ke-10 di Pusat Tenis Kebangsaan, Jalan Duta di sini mulai 20 hingga 22 November ini.

Presiden Persatuan Tenis Berkerusi Roda Malaysia (WTM) Hamidah Hassan berkata selain tuan rumah Malaysia, lain-lain negara yang mengambil bahagian ialah Australia, Chinese Taipei, Filipina, India, Indonesia, Iraq, Nigeria, Singapura, Thailand dan Timur Leste.

"Sehingga kini, 40 pemain kebangsaan dan 60 peserta antarabangsa mengesahkan penyertaan mereka dalam acara perseorangan dan beregu," katanya.

Beliau berkata mata pertandingan yang diperolehi pada kejohanan itu akan menentukan ranking dunia para pemain.

Mengenai WTM, Hamidah berkata sejak 12 tahun penubuhannya, persatuan itu melahirkan 55 pemain tenis berkerusi roda yang menduduki ranking dunia pada kedudukan antara 40 hingga 100, daripada keseluruhan 10,000 atlet. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain