Malaysia hampir ke final selepas tunduk Korea Selatan 2-1

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Malaysia semakin hampir menepati sasaran ke perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai ke-24 apabila mencapai kemenangan kedua dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 di sini hari ini.

Selepas mudah mengenepikan cabaran Jepun 30 dalam acara berpasukan semalam, Malaysia menerima kejutan apabila pemain Korea memberi saingan sengit pada perlawanan kedua pada saingan Divisyen Perdana.

Bagaimanapun, Malaysia memiliki pengalaman ke atas pemain Korea untuk mencipta kemenangan kedua berturut-turut sebelum menentang juara bertahan Thailand esok pada perlawanan satu pusingan.

Pada pertemuan dengan Korea, regu Malaysia terdiri daripada Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam memungut mata pertama dengan kemenangan 21-17 dan 21-17.

Regu kedua negara yang dibarisi oleh Mohd Syazuan Husin, Mohd Shaifullah Mohamed Nor dan Zulhafizazuddin Rosslan memastikan kemenangan mutlak apabila mencatatkan kemenangan 21-18 dan 21-14.

Bagaimanapun, regu terakhir negara Zulkifli Abul Razak, Taufik Saat dan Lufti Asiman, mengambil perlawanan secara mudah dengan tewas 19-21, 17-21.

Divisyen itu mempunyai lima pasukan dan Malaysia akan melengkapkan jadual pusingan awal menentang Laos Ahad ini.

Thailand, yang menewaskan Korea Selatan 30 semalam, turut mencapai kemenangan kedua apabila menewaskan Laos 30 hari ini. Dua pasukan teratas dalam divisyen itu akan berentap pada perlawanan akhir Selasa ini.

Dalam acara antara regu lelaki pula, Malaysia yang terdiri daripada Ahmad Sufi, Norshahruddin dan Zulhahizazudin mengatasi regu China 21-10, 21-17 manakala Norakmal Firdauz Ahmad dan Mohd Shahfil Mohd Nor (Mohamad Arif Busu) turut m Ghanienewaskan gandingan China 21-18, 23-12 dalam acara beregu.

Bagaimanapun, pasukan wanita negara tewas 15-21, 17-21 kepada trio India dalam acara antara regu dan menewaskan Sri Lanka 21-7, 21-8 dalam acara beregu wanita.

Jurulatih negara Haris Abdul Rahman berkata Malaysia berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran mara ke final dalam acara berpasukan, sambil menegaskan Jepun dan Korea Selatan telah menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lepas.

Malaysia memenangi kejohanan itu sebanyak dua kali iaitu pada 1985 dan 1988. Pada kejohanan tahun ini, sebanyak 20 negara mengambil bahagian dengan Singapura menarik diri pada saatsaat akhir ekoran kebimbangan ancaman wabak Influenza A(H1N1) yang mengorbankan lima orang dan menjangkiti lebih 1,400 orang di Thailand setakat ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan