Sepak Takraw: Hanya atlet disahkan sihat bertanding di luar negara

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya atlet yang benar-benar sihat dibenarkan mengikuti pertandingan di luar negara tetapi mereka perlu menjalani kuarantin selama seminggu bila kembali ke Malaysia seperti yang disyorkan Kementerian Kesihatan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata walaupun bimbang dengan penularan wabak influenza A (H1N1), kementeriannya dan Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang larangan untuk atlet negara berlatih ataupun mengikuti kejohanan di luar negara.

"Tahap kesihatan atlet akan dipantau oleh pasukan perubatan setiap masa bagi memastikan bahawa mereka tidak terdedah dengan jangkitan virus tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan bendera kepada kontinjen sepak takraw negara yang akan bertolak ke Bangkok esok bagi mengikuti Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai ke-25.

Razali menaruh harapan tinggi kepada kontinjen sepak takraw negara untuk mempertahankan kedudukan sebagai naib johan di kejohanan yang sama pada tahun lepas.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Ahmad Ismail pula berkata beliau yakin bahawa mereka mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas bagi pasukan lelaki dan pingat sebarang warna bagi pasukan wanita. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan