suria

Liverpool beraksi di Bangkok 22 Julai

BANGKOK: Peminat-peminat Liverpool di rantau ini, termasuk di Malaysia berpeluang menemui bintang pujaan mereka seperti Steven Gerrard dan Fernando Torres bila bekas pasukan pemenang Champions League itu beraksi menentang Thailand di Bangkok pada 22 Julai.

Tiket bagi perlawanan itu berharga 600, 1,350 baht, 1,750 baht dan 3,000 baht akan mula dijual pada Jumaat.

Jurucakap Profitable Group di sini berkata, 48,000 tiket akan ditawar untuk dijual bagi perlawanan itu pada 8 malam di Stadium Rajamangala.

Strategic Sports Investment, di bawah Profitable Group, menganjurkan lawatan Liverpool ke Asia Tenggara itu.

Pasukan itu akan bermain di Singapura empat hari selepas perlawanan di Bangkok.

Tiket di Singapura dijual pada harga antara S$88 dan $188.

Jurucakap itu berkata, butiran lanjut mengenai harga tiket dan pusat jualan boleh dilihat di laman web syarikat, www.profitablegroup.com.

Dengan satu lagi perlawanan perlu dilalui, Liverpool masih berada di tempat kedua pada kedudukan pasukan tetapi terlepas 'kejuaraan England' kepada Manchester United yang dijadual beraksi di Kuala Lumpur pada 18 Julai.

Johan liga England sebanyak 18 kali itu, yang pernah bermain di sini pada 2001 dan 2003, akan menentang pasukan kebangsaan Thai yang dilatih oleh bekas pemain England dan Everton, Peter Reid. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain