suria

Johor masih kuasai Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Johor mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana apabila menundukkan SDM Kepala Batas 50 dalam perlawanan di Stadium Batu Kawan, Batu Kawan malam tadi.

Penguasaan Johor bermula pada minit ke-49 apabila Azrin Affendi Sadudin membuka tirai jaringan.

Johor melakukan serangan bertali arus ke kubu pasukan SDM Kepala Batas dan pada minit ke-71 Mohd Sairozi Daud menjaringkan gol kedua setelah melepasi pertahanan lawan dari sebelah kiri padang.

Minit ke-80 giliran Mohd Faizol Hussail menjaringkan gol diikuti Mohd Khairul Ismail pada minit ke85 dan Mohd Sairozi sekali lagi pada minit ke-91 perlawanan.

Sementara itu, pencabar terdekat, skuad Harimau Muda terus memberikan saingan kepada Johor apabila menumpaskan Sarawak 30 dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pertama perlawanan hadir melalui Ahmad Shakir Md Ali daripada rembatan luar kotak penalti pada minit ke-29.

Tiga minit berselang giliran Abdul Sukor Jusoh menyempurnakan sepakan penalti selepas Mohd Shahrul Hafiz dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pada minit ke-41 Gary Steven Robbat memanfaatkan kegoyahan benteng pertahanan Sarawak untuk menyumbat masuk gol ketiga. Selepas perlawanan malam ini, Johor dan Harimau Muda masing-masing mengumpul 28 mata tetapi Johor mempunyai kelebih gol.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-24 dan 43 diikuti Mohd Shazmin Firdaus pada minit ke-67 memberikan tiga mata berharga buat Kuala Lumpur dengan menumpaskan tuan rumah Sabah 30.

Keputusan itu membolehkan Kuala Lumpur kekal di tangga keempat liga dengan kelebihan satu mata di hadapan PKNS FC. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain