Anuar yakin catat hatrik jelajah Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba kebangsaan Anuar Manan yakin akan mencatat hatrik apabila turun mempertahankan gelaran Raja Pecut Jelajah Malaysia yang dimenanginya dua kali berturutturut sebelum ini pada perlumbaan itu tahun ini bermula 19 April ini.

Kemunculan Anuar bersama pasukan barunya pada tahun ini iaitu Azad University Cycling Team (Team Azad), yang disifatkan oleh pelumba ini sebagai pasukan "lengkap" kerana mempunyai pelumba pecut dan pendaki gunung, dijangka memberi saingan sengit kepada pasukan lain, terutama pasukan LeTua, yang diwakilinya sebelum ini.

"Saya ingin lupakan apa yang saya alami semasa menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) barubaru ini dan berharap tidak menghadapi masalah serupa yang boleh merosakkan misi saya untuk mencapai kemenangan menyeluruh bagi Team Azad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Team Azad turut dibarisi Amir Zargari, pakar mendaki yang memenangi gelaran Raja Gunung Jelajah Indonesia, pelumba pecut Hossien Nateghi, yang menduduki tempat ke-16 dalam klasifiksi penunggang keseluruhan LTdL 2009, Juara Junior Dunia dan pemenang sebelum ini Eugen Wacker serta Abbas Saeiditanha dan Hamid Shiriseysan dari Iran.

Anuar, 23, yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu, berkata ujian besar pertama bagi Team Azad ialah apabila pasukan itu menyertai Jelajah Thailand dari Sabtu ini hingga 9 April.

"Sebelum ini saya bersaing dengan mereka, tapi kali ini pada Jelajah Thailand, saya akan menunggang bersama mereka sebagai satu pasukan yang ingin mencapai satu matlamat iaitu memenangi semua jersi dan meraih gelaran juara keseluruhan berpasukan," katanya.

Anuar sedang menjalani latihan di Kuantan di bawah bimbingan jurulatih peribadinya Rahim Kadir dan akan menyertai pasukan itu di Thailand sebelum bermulanya perlumbaan berkenaan.

Sejurus selepas Jelajah Thailand, pasukan itu akan memulakan latihannya di Malaysia sebagai persiapan menghadapi JM 2009.

"Kami akan berlatih sama ada di sekitar Kuala Lumpur atau di Kuantan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan