suria

Diane Kruger sudah bertunang?

Diane Kruger bergambar ketika tiba di tayangan perdana 'Inglourious Basterds' di Grauman’s Chinese theatre, Hollywood. Filem itu akan ditayangkan di AS pada 21 Ogos 2009. foto-REUTERS

KHABAR angin mengenai pelakon jelita dari German, Diane Kruger sudah bertunang kini bertiup kencang apabila dia kelihatan memakai cincin bertatahkan berlian di jarinya.

Dia dikatakan akan berkahwin dengan kekasihnya Joshua Jackson tidak lama lagi.

Diane menghadari tayangan perdana filem barunya 'Inglourios Basterds' di New York ketika kelihatan memakai cincin itu.

Baru dua minggu lepas, pelakon popular itu mengatakan; "Saya tidak akan berkahwin lagi. Tiada gunanya berkahwin kalau ia tidak akan berkekalan."

Pelakon yang sebelum ini popular dengan filem 'Troy' dikhabarkan mula keluar bersama dengan Joshua Jackson selepas dia bercerai dengan bekas suaminya Guillaume Canet pada tahun 2006.

Jurucakap pelakon itu enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai perkara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain