suria

Selepas kereta mewah terbakar, Raffi Ahmad umum berehat dari industri hiburan

Raffi mahu fokus pada diri sendiri dan keluarganya.

PELAKON, penyanyi dan pengacara Indonesia, Raffi Ahmad mengumumkan untuk berehat buat sementara dari industri hiburan selepas memberi tumpuan kepada kerjayanya selama 20 tahun.

Menurut Raffi, 32, keputusan itu dibuat selepas berfikir panjang dan mahu memberi fokus keutamaan kepada diri dan keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Lamborghini ala ‘Batman’ Raffi Ahmad terbakar!

"Alhamdulillah. Sudah 20 tahun kita dalam dunia hiburan di Indonesia. Alhamdulillah, banyak sangat yang percaya dengan saya, Gigi (isteri) dan Rafathar (anak).

Raffi mengumumkan dia mahu berehat sekejap dari industri hiburan.

"Hampir 20 tahun itu juga banyak saya jalani dalam kehidupan dan sudah tentu kerjaya saya. Sepanjang hidup saya hanya dipenuhi dengan kerja.

"Sampai semuanya banyak yang ketinggalan, termasuk keluarga. Keputusan yang agak berat. Setelah berfikir panjang, saya buat keputusan untuk berehat sebentar dari aktiviti saya di sini.

"Saya mahu berubat, bercuti dan menguruskan hal keluarga saya. Bukan undur diri tapi berehat sekejap," katanya.

Hampir 20 tahun itu juga banyak saya jalani dalam kehidupan dan sudah tentu kerjaya saya. Sepanjang hidup saya hanya dipenuhi dengan kerja.

RAFFI AHMAD

Pelakon dan penyanyi

Raffi dan isterinya, Nagita Slavina mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Pengacara program Dahsyat ini berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Rata-rata peminat menyokong keputusan Raffi dan berharap selebriti itu dapat menikmati percutian bersama keluarganya.

Raffi akan menjelaskan mengenai kereta mewahnya terbakar pada 6 petang, Isnin.

Dalam pada itu, Raffi memberitahu dia akan berkongsi segala keperitan mengenai kehidupan dan karier seni, perniagaan dan kereta mewahnya yang dilaporkan terbakar pada pukul 6 petang, Isnin menerusi YouTube.

Sebelum ini, Raffi memuat naik foto kereta jenis Lamborghini Aventador miliknya terbakar di Sentul Selatan, Bogor, Jawa Barat pada petang Sabtu lalu.

Menerusi laporan Liputan6, kenderaan bernilai jutaan ringgit itu berada dalam keadaan baik sebelum mengeluarkan percikan api dan terbakar dengan tiba-tiba. 

Raffi Ahmad

Artikel Lain