suria

Berkahwin dalam majlis tertutup… Jennifer Lawrence, Cooke Maroney kini suami-isteri!

Jennifer Lawrence, Cooke Maroney dilaporkan sudah berkahwin.

PASANGAN selebriti Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup di Rhode Island pada Sabtu lalu.

Pasangan tersebut diraikan oleh hampir 150 orang tetamu termasuklah rakan selebriti antaranya Adele, Amy Schumer, Emma Stone dan Ashley Olsen.

Menurut laporan People, pasangan ini mengadakan majlis itu di sebuah banglo mewah yang direka pada tahun 1894 oleh arkitek terkenal Amerika Syarikat, Richard Morris Hunt.

Sehari sebelum disatukan sebagai suami isteri, mereka dikatakan telah menganjurkan majlis makan malam yang hanya dihadiri kenalan rapat termasuklah Nichole Richie, Joel Madden, Cameron Diaz dan Sienna Miller.

Pasangan bahagia... Jennifer Lawrence dan Cooke Maroney.

Pada September lalu, timbul khabar angin kononnya pasangan ini sudah berkahwin apabila tersebar beberapa keping foto mereka dilihat berada di pejabat pendaftar perkahwinan di Manhattan.

Terdahulu, Jennifer dan Maroney dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada Februari.

SUMBER:  CNN & Hollywood Reporter

Jennifer Lawrence, Cooke Maroney

Artikel Lain