suria

Shakira sambut hari jadi dengan 100 juta orang di konsert Super Bowl

Shakira sedia tampil dalam acara Super Bowl pada hari jadinya.

PENYANYI Shakira mengumumkan bahawa dia akan tampil dalam acara Super Bowl sambil membawa budaya latin pada hari jadinya.

Memetik laporan People, Shakira mengakui sudah lama dambakan peluang ini kerana ia merupakan momen terpenting bukan hanya untuk dirinya sendiri.

"Saya dah lama nak tampil dalam acara Super Bowl. Bagi saya, ia merupakan pencapaian terbesar dalam industri hiburan.

"Super Bowl adalah acara sukan tapi ia juga mempunyai hubungan yang sangat besar bagi artis macam kami. Saya rasa acara itu menggemparkan apatah lagi saya berpeluang menyambut hari kelahiran saya bersama 100 juta orang," katanya.

Shakira dan Jennifer akan beraksi di acara Super Bowl tahun hadapan.

Dalam pada itu, Shakira mengajak rakan selebritinya, Jennifer Lopez untuk turut serta memperkenalkan budaya latin di acara berkenaan.

Sementara itu, penyanyi terkenal lagu Hips Don't Lie ini tidak pernah meragui keputusannya untuk menyertai acara Super Bowl.

"Jay Z call dan tanya, sama ada saya ingin menjadi sebahagian daripada program itu, sudah tentu saya mahu, count on me,"ujarnya.

Akhir September lalu, Shakira dan Jennifer mengesahkan bahawa mereka akan menjadi penampilan utama dalam acara Super Bowl Halftime Show 2020 menerusi kedua-dua akaun media sosial mereka.

Super Bowl akan diadakan pada 2 Februari 2020 bersamaan dengan hari kelahiran Shakira yang ke-43. - People

Shakira

Artikel Lain