Stok Minyak Sawit Naik Kepada 2.19 Juta Pada Okt. - Niaga | mStar

Stok Minyak Sawit Naik Kepada 2.19 Juta Pada Okt.

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Oktober 2017 meningkat 8.39 peratus kepada 2.19 juta tan daripada 2.02 juta tan dicatatkan pada September.

Stok minyak sawit mentah (MSM) naik 15.38 peratus kepada 1.23 juta tan, pada bulan tersebut, daripada 1.07 juta tan dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut angka awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Stok minyak sawit diproses naik 0.58 peratus kepada 959,251 tan berbanding 953,689 tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran MSM meningkat 12.86 peratus kepada 2.0 juta tan pada Oktober daripada 1.78 juta tan dicatatkan sebelum ini.

Katanya pengeluaran isirung sawit meningkat 12.90 peratus kepada 498,968 tan pada Oktober berbanding pengeluaran sebanyak 441,950 tan pada September.

MPOB, dalam kenyataan, juga berkata eksport minyak sawit naik 2.04 peratus kepada 1.55 juta tan pada Oktober berbanding 1.52 juta tan pada September manakala eksport oleokimia meningkat 8.48 peratus kepada 255,042 tan.

Eksport minyak isirung sawit naik 5.01 peratus kepada 93,228 tan, bagaimanapun hampas  isirung sawit susut 31.69 peratus kepada 143,195 tan.

Pada Oktober, eksport biodiesel turut merosot 33.61 peratus kepada 5,572 tan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan