Laporan Tahunan AirAsia X Raih Anugerah Terbaik Malaysia - Niaga | mStar

Laporan Tahunan AirAsia X Raih Anugerah Terbaik Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Tahunan AirAsia X Bhd 2016 memenangi kategori Terbaik Malaysia di Anugerah Pertandingan Laporan Tahunan Antarabangsa (ARC) Ke-31, yang diadakan di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Anugerah ARC adalah pertandingan antarabangsa laporan tahunan terbesar dunia untuk mengiktiraf kecemerlangan keseluruhan laporan tahunan dan menggalakkan penulisan penting dan bermakna serta aspek reka bentuk asli dan imaginatif, menurut AirAsia X dalam kenyataan, Khamis.

Katanya pada tahun ini, Anugerah ARC menerima hampir 2,000 penyertaan dari lebih 30 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata laporan tahunan adalah dokumen yang amat penting bagi kumpulan untuk berkomunikasi dengan pelabur.

"Kami akan terus berhubung dengan pelabur kami dan mengekalkan komunikasi yang berkesan dengan mereka," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: "Saya berbangga dengan usaha hebat mereka yang menghasilkan penyampaian data dengan cara yang menarik dan bukan konvensional untuk pelabur kami melalui penerbitan laporan ini.

"Pasukan ini telah mengeluarkan idea yang bernas dalam menghasilkan laporan tahunan yang unik ini." -- Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia X
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan