Go Auto Bakal Lancar Bas Elektrik

Diterbitkan: Jumaat, 6 Oktober 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pengedar rasmi kenderaan Haval di Malaysia, Go Auto, akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) dan komponen berkaitan menjelang akhir 2017, seiring dengan usaha bagi transformasi Malaysia sebagai sebuah hab pembuatan serantau.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata usaha penghasilan prototaip EV itu kini hampir selesai.

“Sebagai permulaan, Go Auto telah diberi kepercayaan untuk membekalkan bas-bas elektrik bernilai RM30 juta kepada kerajaan negeri Melaka.

"Kumpulan pertama kenderaan itu dijangka dapat diserahkan pada akhir 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, SM Azli berkata Go Auto juga terbabit dalam rundingan akhir membabitkan beberapa projek baharu bagi pembekalan bas-bas elektrik berkenaan.

Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 antara lainnya menyaksikan Malaysia menetapkan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 1 juta unit baharu setahun menjelang 2020, termasuk 10 peratus EV.

“Pembabitan Go Auto dalam pembangunan EV dan komponen teknologinya juga merupakan sebahagian daripada NAP 2014 berkenaan.

“Ini secara tidak langsung meletakkan Go Auto antara syarikat-syarikat peneraju yang komited dalam memajukan ekosistem EV,” katanya.

SM Azli berkata Go Auto juga telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pihak seperti Microvast yang juga firma Amerika Syarikat dan pengeluar bateri kenderaan EV serta pengeluar bas, Higer bagi memastikan kelancaran pengeluaran komponen terbabit.-- Bernama  



Tags / Kata Kunci: Go Auto

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan