Bio-XCell Terima Pelaburan RM3b

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 7:35 PM

Ilustrasi artis untuk taman bioteknologi dan ekosistem pertama di Malaysia. - IskandarPutri Wordpress

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Bio-XCell Malaysia, taman bioteknologi dan ekosistem pertama di Malaysia, telah menerima pelaburan sebanyak RM3.08 bilion setakat ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,  daripada jumlah itu, sebanyak RM2.02 bilion pelaburan telah direalisasikan dan beliau yakin Bio-Xcell akan terus menarik lebih banyak pelaburan signifikan pada masa datang bagi memanfaatkan industri berasaskan bio di negeri itu.

Dalam masa sama, usaha untuk memudahkan pelaburan daripada syarikat-syarikat utama dalam bidang bio-pertumbuhan tinggi akan terus dilakukan kerajaan negeri, selain menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berasaskan bio untuk menjadi sebagai pemain serantau.

“Pada masa depan, segmen pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian berasaskan bio dijangka terus berkembang di Johor dan berikutan itu, kerajaan negeri akan meneruskan komitmen untuk memastikan Johor memiliki semua syarat yang diperlukan untuk pengembangan perniagaan, menjana peluang pekerjaan serta menghasilkan pembangunan mapan dalam industri berasaskan bio,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Loji Sawit Verde Verdezyne di Kawasan Perindustrian Kluster Industri Logistik Selatan (SiLC) di sini pada Ahad.

Bio-XCell seluas 160 ekar (64 hektar) dibangunkan oleh Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia dan UEM Sunrise Bhd.

Mengenai loji itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia bagi memproses bahan-bahan daripada kelapa sawit yang boleh diperbaharui kepada asid dodecanedioic (DDDA) yang akan dikeluarkan secara komersil.

Beliau berkata loji yang disasar siap antara 12 hingga 18 bulan itu, berupaya menghasilkan kira-kira 6,000 metrik tan DDDA setiap tahun, sekaligus memberi nilai tambah kepada bahan-bahan daripada kelapa sawit.

Sementara itu, Waite berkata loji sawit Verde merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan menyeluruh syarikat ke Asia dan langkah penting dalam sasaran untuk menggantikan bahan kimia yang dihasilkan daripada petroleum dengan penggantian bahan diperbaharui.

Sebanyak RM388 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan loji tersebut yang produknya akan dihantar ke seluruh dunia untuk digunakan sebagai alternatif kepada bahan kimia perantaraan yang diperoleh daripada petroleum biasa, katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bio-xcell

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan