MAHB Meterai Dua MOU Untuk Realisasi Matlamat KLIA Aeropolis

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Gyeongnam Techno Park (GNTP) Korea Selatan dan Skyway Technics Denmark untuk merealisasikan matlamat KLIA Aeropolis sebagai bandar udara bertaraf dunia.

MoU ditandatangani semasa penyertaan MAHB pada Pameran Udara Paris 2017.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata syarikat itu yakin kerjasama tersebut akan memperkukuh kedudukannya sebagai pemacu utama ekonomi serantau.

"Kedua-dua syarikat mempunyai keupayaan dan pengalaman yang tepat untuk membantu kami mencapai sasaran KLIA Aeropolis menerusi kepakaran, objektif perniagaan serta penawaran perkhidmatan," katanya.

Badlisham berkata MoU dengan GNTP bertujuan membangunkan ekosistem aeroangkasa masing-masing di kedua-dua negara.

Beliau berkata bidang kerjasama mungkin termasuk penubuhan sistem yang saling menguntungkan untuk mempromosi industri aeroangkasa, selain pengetahuan dan pemindahan pengetahuan dalam pengurusan kluster, perancangan kluster serta pengurusan bangunan dan kemudahan.

"Ia juga akan menjadi platform bagi pertukaran maklumat mengenai aktiviti pemasaran dan promosi," katanya.

Sementara itu, MoU dengan Skyways Technics pula memberi tumpuan kepada usaha untuk memudahkan pelan pengembangan Skyways Technics dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia Airports, merangkumi Subang dan KLIA Aeropolis.

"Pelan pengembangan itu akan melibatkan pelaburan tambahan untuk membangunkan kemudahan Skyways Technics sebagai bengkel pembaikan komponennya, serta menjalankan operasi penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)," kata Badlisham.

Beliau berkata Skyways Technics sedang meninjau penubuhan kemudahan itu di Subang Aerotech Park (Fasa 1).

"Kemudahan itu akan ditempatkan di bangunan bekas Kastam dan akan berfungsi sebagai bengkel pembaikan, gudang alat ganti dan sebagai pangkalan untuk melayani segmen pasaran Asia Pasifik," katanya.

Pembangunan KLIA Aeropolis adalah salah satu daripada empat keutamaan strategik yang dikenal pasti dalam pelan perniagaan lima tahun MAHB, Runway to Success 2020, yang dilancarkan pada 2016.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan