BNM: Rizab Antarabangsa US$97.3 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$97.3 bilion (bersamaan dengan RM430.5 bilion) pada 15 Mei, 2017, berbanding US$96.1 bilion (bersamaan dengan RM425.2 bilion) yang dicatatkan pada 28 April, 2017.

BNM, dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan merupakan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang (US$90.7 bilion), paras Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM430.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.69 bilion), Deposit dengan Institusi Kewangan  (RM3.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.83 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM7.80 bilion).

Liabilitinya termasuk modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM149.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.17 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM10.23 bilion), deposit-deposit lain (RM581.86 juta), kertas Bank Negara (RM8.52 bilion) , peruntukan SDR (RM8.08 bilion) dan liabiliti lain (RM5.23 bilion).-Bernama

Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan