PNS Perkenal Program Vest 2017 Lahir Usahawan Bekas Graduan

Diterbitkan: Jumaat, 28 April 2017 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Perbadanan Nasional Bhd (PNS) memperkenalkan program ''Varsity Entrepreneurship Skills  and  Talents'' (VEST) 2017 bagi melahirkan usahawan kalangan graduan universiti tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata program VEST 2017 merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang melibatkan 1,000 mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan.

"Dalam tempoh enam bulan peserta akan didedahkan dengan teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan sebagai persediaan untuk memulakan langkah sebagai usahawan.

"Selain membangunkan nilai keusahawanan dalam kalangan graduan melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan, program ini juga menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sedia ada secara lebih sistematik dan memberi peluang pekerjaan di pasaran dalam pelbagai sektor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program VEST 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh, Pengerusi PNS Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata melalui program VEST 2017, mahasiswa juga berpeluang merebut tawaran yang diberikan oleh agensi di bawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Katanya antara peluang itu ialah peluang mendaftar perniagaan melalui SSM secara percuma, peluang untuk membuka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat dengan hanya RM100 tanpa pencadang, peluang mendaftar hak cipta dan logo perniagaan melalui MyIPO, peluang mendaftar koperasi melalui SKM dan peluang pembiayaan perniagaan melalui PNS.

"Perbezaan program ini terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri, iaitu selalunya apa yang kita lakukan, kita yang tentukan program itu macam mana. Tetapi kali ini kita mahu mereka beritahu apa yang mereka perlukan dan kita akan berikan. Contohnya, mereka mahukan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola untuk menyampaikan pengalamannya dalam bidang perniagaan itu maka kita akan memenuhi kehendak mereka dan sebagainya.

"Selalunya kita hanya berikan mereka mendengar, tetapi kali ini mereka sendiri memberi idea untuk menonjolkan apa produk yang mereka mahu. Mengikut produk yang mereka mahukan itulah, kita akan berikan perkongsian dengan kehendak mereka. Inilah perbezaan program ini dari program-program lain. Program-program lain kita buat dan mereka dengar, tetapi kali ini kita sesuaikan dengan kehendak mereka," katanya.

Pertandingan VEST 2017 dibuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: PNS , VEST

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan