suria

Maxis Lancar Kempen Tukar SIM 3G Dengan Ganjaran RM1 Juta

KUALA LUMPUR: Pelanggan Maxis dan Hotlink yang menukar kad SIM 3G mereka kepada kad 4G, kini boleh menyertai kempen yang menawarkan ganjaran tunai bernilai RM1 juta.

Dalam satu kenyataan, Maxis berkata Kempen ''RM1 juta Tukar Sim 3G'' itu disasarkan kepada pelanggan Maxis dan Hotlink yang menaik taraf kad mereka kepada kad SIM 4G.

"Bermula Selasa ini (25 April), pelanggan yang dapat menukar kad SIM itu secara automatiknya akan layak untuk menyertai kempen berkenaan," katanya.

Kempen itu diadakan dalam tiga pusingan iaitu masing-masing pada 3, 16 dan 31 Mei, 2017 "Sebahagian besar pelanggan kami sudah menikmati pengalaman rangkaian terbaik dengan Maxis. Namun, masih ada jutaan pelanggan lain yang belum menaik taraf kepada kad SIM 4G biarpun menggunakan telefon pintar 4G.

"Menerusi kempen ini, kami mahu membantu mereka menikmati kemampuan telefon pintar mereka sepenuhnya dengan dinaik taraf kepada kad SIM 4G. Kini, mereka dapat melakukan semua perkara yang diingini dalam telefon masing-masing malah lebih pantas menerusi rangkaian 4G nombor satu di negara ini," kata Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan.

Dalam pada itu, Maxis akan terus melabur dalam rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G yang diterajuinya dan telah terbukti menyediakan liputan terbaik bagi pengalaman melayari internet.

Malah, baru-baru ini, syarikat itu dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dengan meraih penarafan empat bintang iaitu standard tertinggi dalam kategori syarikat telekomunikasi dengan menawarkan secara konsisten penstriman video berdefinisi tinggi di semua 14 negeri, sebagaimana menurut tinjauan Video Chekcup YouTube.

Maxis juga dipilih sebagai Penyedia Syarikat Telekomunikasi Terbaik dan Rangkaian LTE Terbaik oleh Lowyat.NET Community Choice Awards Malaysia bagi dua tahun berturut-turut serta Rangkaian Terbaik 2016 oleh pihak MCMC Wireless  and  Wired Broadband Services.

Maklumat lanjut kempen ''RM1 juta Tukar Sim 3G'' itu boleh diperolehi di http://bit.ly/3G-SIM-Swap atau layari www.maxis.com.my/4gnetwork -- Bernama 



Maxis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain