Perodua Sasar Jualan 2017 Lepasi 200,000 Unit

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 3:55 PM

Datuk Aminar Rashid Salleh
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 202,000 unit bagi 2017, kurang dua peratus berbanding 207,1000 unit yang dicatatkan pada 2016, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata walaupun pengurangan tiga peratus dalam prestasi jualan bagi 2016 berbanding sasaran awal 216,000, bahagian pasaran tahun lepas berkembang kepada 35.7 peratus daripada 32 peratus, jumlah tertinggi bagi syarikat.

Mengenai jumlah keseluruhan industri (TIV), Perodua mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan dua peratus kepada 590,000 unit tahun ini daripada 579,600 pada 2016.

"Berdasarkan unjuran ini, kami menyasar untuk menguasai 34 peratus daripada bahagian pasaran atau menjual melepasi 200,000 dengan 202,000 kenderaan pada 2017," katanya pada sidang akhbar mengenai Prestasi Perodua 2016 di sini, Selasa.

Aminar berkata sasaran jualan konservatif Perodua bagi 2017 akan menunjukkan penurunan sebanyak 1.5 peratus dalam bahagian pasaran.

"Dalam keadaan pasaran yang sukar dan kemungkinan disebabkan peserta industri lain juga berdepa cabaran, TIV industri tahun lepas mengecil 13 peratus, tetapi kami hanya kurang tiga peratus.

"Kami mengunjur pasaran akan terus sukar tahun ini sebagaimana yang dilihat dalam jumlah tempahan dan persaingan semakin sukar," katanya.

Beliau berkata jika berlaku peningkatan dalam petunjuk ekonomi, Perodua akan menyemak naik sasaran tahun ini.

Walaupun persekitaran jualan dalam negara yang sukar tahun ini, Aminar berkata jumlah eksport Perodua meningkat enam peratus tahun lepas kepada 4,700 unit daripada 4,400 pada 2015, dengan 63 peratus ke Indonesia.

Mengenai strategi keuntungan tahun ini, beliau berkata Perodua akan memberi tumpuan yang lebih kepada lepas jualan untuk pertumbuhan perolehan.

Bagi perbelanjaan modal (Capex), Aminar berkata perbelanjaan Perodua akan meningkat pada RM557 juta tahun ini berbanding RM492 juta pada 2016, dengan sasaran untuk menambah baik peralatan, aliran proses dan menambah baik produktiviti di kilang semasa serta meningkatkan rangkaian. 

Menyentuh mengenai impak kelemahan ringgit, Aminar berkata ia menjejaskan Perodua dari segi kos kerana syarikat mengimport komponen dalam dolar AS dan yen. 

"Kami akan terus memantau keadaan. Pada masa ini kami terus menyerap (impak kelemahan ringgit) dan tidak mempunyai rancangan untuk mengkaji semula harga," katanya.

Aminar berkata tahun 2017 menandakan permulaan baharu bagi program Transformasi 2.0 Perodua, pelan hala tuju lima tahun dari 2017 untuk menangani cabaran masa depan dan persekitaran ekonomi.

"Wawasan kami ialah untuk menjadi peneraju jenama kenderaan mampu milik di rantau ini dengan standard global," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perodua , Aminar Rashid Salleh

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan