Malindo Air Kini Ke Phuket

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 11:41 PM

(Ubah saiz teks)

PHUKET: Syarikat penerbangan Malindo Air pada Khamis memperkenalkan Phuket sebagai laluan ketiganya di Thailand dengan empat penerbangan seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata, penerbangan sulung ke Phuket hari ini membawa 89 penumpang, termasuk kru penerbangan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

"Malindo Air telah menyaksikan pertumbuhan pesat di rantau ini dengan menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada penumpang untuk perniagaan dan percutian.

"Perkhidmatan kami akan merangsang pembangunan industri pelancongan di Malaysia dan Thailand kerana kami mampu menawarkan kesambungan dari Thailand, bukan sahaja ke Malaysia, tetapi juga ke Indonesia, Australia dan India yang juga dalam lingkungan rangkaian perkhidmatan kami," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Dua lagi laluan perkhidmatan Malindo Air ke Thailand ialah Bangkok dan Chiang Mai.

Raja Sa'adi berkata, untuk laluan baharu ke Phuket, tambang pengenalan promosi untuk kelas ekonomi bagi perjalanan sehala termasuk semua akan bermula daripada RM139 dan kelas bisnes pula daripada RM599.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan