suria

Stok Minyak Sawit Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 1.79 peratus kepada 1.57 juta tan metrik pada Oktober berbanding 1.55 juta tan metrik pada September.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanapun stok minyak sawit mentah turun sebanyak 5.67 peratus kepada 842,620 tan metrik semasa bulan tersebut daripada 893,239 tan metrik sebelumnya.

Stok minyak sawit diproses melonjak 11.99 peratus kepada 731,494 tan metrik pada Oktober berbanding 653,176 tan metrik pada September, kata MPOB.

Pengeluaran minyak sawit mentah pada Oktober susut 2.17 peratus kepada 1.78 juta tan metrik daripada 1.72 juta tan metrik yang dicatatkan pada September.

Pengeluaran isirung sawit turun 6.54 peratus kepada 400,125 tan metrik pada Oktober berbanding 428,104 tan metrik yang dicatatkan pada September.

Bagi eksport, MPOB berkata, pembelian minyak sawit semasa Oktober turun 1.39 peratus kepada 1.43 juta tan metrik (September: 1.45 juta tan metrik) dan biodiesel susut 82.62 peratus kepada 77 tan metrik (September: 443 tan metrik). 

Bagaimanapun, eksport minyak isirung sawit meningkat 31.46 peratus kepada  92,965 tan metrik (September: 70,719 tan metrik); dedak isirung sawit menokok 39.67 peratus kepada 216,415 tan metrik (September: 154,949 tan metrik) dan oleokimia menambah 1.51 peratus kepada 236,738 tan metrik (September: 233,222 tan metrik). - BERNAMA

Minyak Sawit

Artikel Lain