Fonterra Labur RM20 Juta Tingkat Kapasiti

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Syarikat utama tenusu, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, melabur RM20 juta lagi untuk meningkatkan kapasiti dengan menaik taraf kilang sedia adanya di sini, kata Pengarah Urusannya Jose Miguel Porraz Lando.

Projek tersebut melibatkan penaikan taraf kilang 'Susumas' Fonterra yang baru bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun depan.

"Pelaburan Fonterra kali ini, sebanyak RM20 juta lagi, melibatkan perubahan langkah demi langkah untuk meningkatkan kapasiti bagi produk ambien (bersuhu persekitaran), dan juga memastikan standard kesihatan, keselamatan makanan dan kualiti tertinggi dalam pembuatan dan operasi.

"Dengan kapasiti baharu itu, kami akan mampu memenuhi permintaan yang kami jangka untuk pasaran Malaysia dan eksport bagi tempoh tujuh hingga lapan tahun," katanya kepada Bernama.

Sepanjang lima tahun lepas, Fonterra dilaporkan telah melabur hampir RM60 juta bagi menaik taraf dua kilangnya di negara ini -- 'Susumas' dan  'Dairymas'.

Susumas mempunyai kapasiti 30,000 tan susu tepung pada masa ini.

"Susumas mengimport bahan mentah dari New Zealand, kemudian mencampur dan mengadunnya mengikut resipi di sini, diikuti dengan proses pembungkusan, manakala Dairymas menghasilkan yogurt dan produk hasil tenusu yang menjalani pemprosesan menggunakan suhu yang sangat tinggi (UHT)," katanya.

Ia menghasilkan pelbagai jenis produk tenusu sejuk dan bersuhu persekitaran termasuk Anmum, Anlene, Fernleaf (CalciYum dan Solivite), Chesdale dan Mentega Anchor.

Porraz Lando berkata Fonterra Malaysia kini merupakan satu daripada pengeluar dan pemasar global terbesar di dunia bagi produk pengguna dan makanan berasaskan hasil tenusu untuk pelanggan di seluruh dunia.

Malaysia adalah antara pasaran utama Fonterra.

"Produk-produk dari Susumas dan Dairymas juga dieksport ke 16 negara termasuk Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura, Thailand, Mauritius dan Hong Kong," katanya.

Fonterra di Malaysia mempunyai 750 orang kakitangan dan memandangkan negara ini adalah pasaran utamanya, Porraz Lando berkata baru-baru ini syarikat itu mewujudkan bahagian baharu di sini yang berperanan untuk memberi khidmat sokongan dalam kewangan, sumber manusia dan pemerolehan bagi operasi kumpulan di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

"Di banyak tempat termasuk New Zealand, kami memilih untuk mengurangkan bilangan pekerjaan dan menyelaraskan operasi, tetapi keadaan berbeza di Malaysia yang mana kami mewujudkan hampir 60 jawatan baharu tahun lepas.

"Kami telah beroperasi di Malaysia selama 40 tahun, melihat dan menghadapi pelbagai kesukaran dan kesenangan, perkara lumrah bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Kami berada di sini bagi untuk masa yang lama dan akan terus melabur," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan