Shell Malaysia Labur RM125 Juta Bagi Pelaburan Sosial

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia akan melabur sebanyak RM125 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membiayai inovasi dan daya saing tenaga kerja Malaysia, kata Pengerusinya Datuk Iain Lo.

"Banyak lagi yang boleh kami sumbang ke arah membangunkan sumber tenaga dan eksplorasi Malaysia, menunjukkan komitmen kami kepada industri minyak dan gas tempatan.

"Bukan itu sahaja. Kami tidak memikirkan cara yang lebih baik untuk menuju masa depan bersama-sama Malaysia selain menerusi impak besar kepada rakyat Malaysia secara individu," katanya.

Bercakap pada majlis sambutan ulang tahun ke-125 Shell Malaysia di sini, semalam, Lo berkata pelaburan sosial syarikat itu akan termasuk memberikan biasiswa dan geran pembangunan.

Program-program lain termasuklah, "Ideas360', pertandingan global yang membantu pelajar untuk membangunkan idea bagi menangani tekanan ke atas sumber makanan, air dan tenaga dunia serta keselamatan jalan raya dan 'LiveWIRE' yang membantu usahawan muda memulakan perniagaan sendiri. 

"Menjadi harapan kami program-program ini akan membantu rakyat Malaysia - walaupun secara kecil-kecilan - untuk berjaya dengan cemerlang dan memperkasakan kemajuan Malaysia," kata Lo.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Shell Malaysia , Iain Lo

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan