Petron Malaysia Beri Jaminan Tiada Gangguan Bekalan Berikutan Kebakaran Di PD

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petron Malaysia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tidak akan berlaku gangguan bekalan berikutan kebakaran di kilang penapis minyaknya di Port Dickson, Jumaat malam.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, kebakaran itu berlaku jam 9 malam tetap berjaya dipadam pada 11 malam dan tiada kecederaan dalam kejadian itu.

"Walaupun kami masih menilai kerosakan dialami, kami beri jaminan tidak ada gangguan bekalan kepada pelanggan.

"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai yang keselamatan adalah keutamaan kami dan kami mematuhi standard keselamatan setiap masa," katanya.

Petron juga menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kilang Penapis Shell dan Jabatan Polis di atas bantuan dan usaha bersepadu mereka dalam memadam kebakaran itu.

Petron Malaysia adalah antara syarikat minyak hiliran terkemuka di negara ini dan kilang penapis minyak di Port Dickson itu menghasilkan 88,000 tong minyak sehari yang diagihkan melalui lapan terminal di seluruh negara.

Melalui 560 stesen di negara ini, ia menjual runcit pelbagai jenis minyak premium seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95 dan Diesel Max. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Petron Malaysia , PD

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan