Uda Holdings Rancang Buka Dua Lagi Cawangan Hotel Ancasa

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Uda Holdings Berhad (UDA) sebuah syarikat pembangunan hartanah merancang untuk memperkukuh kedudukannya dalam bidang perhotelan dengan membina dua buah lagi Hotel Ancasa dalam tempoh lima tahun.

Pengerusinya, Datuk Mohd Shafei Abdullah berkata, dua hotel berkenaan akan dibina di Kota Baharu, Kelantan dan Johor Baharu, Johor berikutan pembangunan pesat dan permintaan tinggi di negeri terbabit.

"Tahun depan, UDA merancang membina Hotel Ancasa ini di Kota Baharu di tapak 1.5 hektar dengan kos hampir RM50 juta.

"Ia akan diikuti dengan pembinaan hotel di Johor Baharu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada anak-anak istimewa di Hotel Ancasa Royale Pekan di sini, Ahad.

Pengarah Urusan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar turut hadir.

Setakat ini UDA telah memiliki empat cawangan Hotel Ancasa iaitu Ancasa Royale Pekan, Pahang; Ancasa Hotel  and  Spa dan Ancasa Express di Kuala Lumpur serta Ancasa Residences di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai kemampuan UDA membuka hotel baru ketika ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini, Mohd Shafie berkata, syarikat itu melihatnya bukan sebagai satu halangan, sebaliknya sebagai peluang.

"Setiap cabaran mesti ada peluang, terpulang kepada mana-mana organisasi mencari peluang dalam cabaran itu. UDA melihat cabaran ini sebagai peluang menghadapi keperluan pasaran pada masa depan," katanya.

Sementara itu, katanya, Hotel Ancasa Royale Pekan yang dibuka dua tahun lalu semakin maju dengan kadar penghunian mencecah 55 peratus berbanding 48 peratus  tahun lepas.

Katanya, walaupun prestasi peringkat permulaan agak perlahan, namun hotel itu diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung sesuai dengan lokasi yang strategik di tepi Sungai Pahang dan bandar diraja Pekan.

"Pada tahun ini kita menyasarkan kadar penghunian bilik sekitar 68 peratus dengan 116,000 pengunjung dan kita akan melakukan promosi dengan lebih agresif bagi tujuan itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Uda , Ancasa

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan