Malindo Air Lanjutkan 'Malindo Air Travel Fair' Sehingga 5 Jun

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air melanjutkan tawaran tambang eksklusif bagi 'Malindo Air Travel Fair 2016 2016' yang dilancarkan baru-baru ini, sehingga 5 Jun ini, berikutan sambutan yang amat menggalakkan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata kempen tawaran istimewa itu yang menawarkan tambang eksklusif dengan diskaun sehingga 90 peratus dan berakhir pada 29 Mei, dilanjutkan dengan tarikh perjalanan sah mulai 23 Mei tahun ini sehingga 31 Mac, 2017.

Tawaran ini sah bagi semua pembelian yang dibuat dalam talian, di pejabat jualan tiket dan melalui agensi-agensi pelancongan di Malaysia, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata Malindo Air Travel Fair 2016 mencapai kejayaan besar dengan semua sejuta tempat duduk yang diperuntukkan untuk tawaran telah direbut.

"Oleh itu, kami memutuskan untuk melanjutkan tawaran istimewa kami, dengan  jangkaan lonjakan penumpang semasa cuti sekolah yang jatuh pada awal Ramadan.

"Kami sentiasa mahu memberi kemudahan kepada semua orang untuk menggunakan penerbangan," katanya.

Promosi berkenaan bagi penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Subang ke destinasi dalam  Malaysia atau ke destinasi lebih jauh seperti Batam, Bali, Bangkok, Jakarta, Ho Chi Minh City dan Bandung.

Syarikat penerbangan itu juga menawarkan penerbangan ke destinasi seperti  Colombo, Kochi, Trivandrum, Tiruchirappalli, Dhaka, Kathmandu, Perth, Hong Kong, Delhi, Mumbai, Amritsar dan Lahore.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan