Pemilik Leicester City Berminat Ambil Alih AirAsia Thai

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 3:26 PM

Vichai Srivaddhanaprabha

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pemilik Kelab Bola Sepak Leicester City (LCFC), King Power International Group dilaporkan sedang mengintai peluang pengambilalihan Asia Aviation yang merupakan operator syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Thai.

Menurut laporan akhbar The Nation hari ini (Jumaat), King Power yang dimiliki oleh jutawan Vichai Srivaddhanaprabha, merancang untuk mengembangkan bisnes ke dalam sektor penerbangan bagi meningkatkan jualan kedai-kedai bebas cukai miliknya.

"Keluarga Srivaddhanaprabha dilaporkan telah membelanjakan tiga bilion baht (RM1 = 8.55 baht) membeli saham dalam Asia Aviation, menjadikan mereka sebagai  pemegang saham terbesar dalam syarikat penerbangan itu dengan kepentingan 23 peratus," kata The Nation.

Vichai, yang juga Pengerusi LCFC, juara Liga Perdana Inggeris baru-baru ini merupakan lelaki kesembilan paling terkaya di Thailand, menurut majalah Forbes pada tahun lepas.

King Power yang membeli LCFC pada 2010, mengendalikan kedai-kedai bebas cukai di Kompleks King Power di Bangkok serta di lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang, Pattaya, Phuket, Chiang Mai dan Hatyai.

Menurut The Nation lagi, rundingan untuk pengambilalihan berlangsung selama sebulan sebelum kedua-dua pihak bersetuju.

Bagaimanapun, akhbar itu juga memetik Ketua Eksekutif AirAsia Thai, Tassapon Bijleveld menafikan wujud pemeteraian perjanjian untuk pengambilalihan syarikat penerbangan bajet tersebut.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan