Powerus-Kindia Jalin Usaha Sama Melombong Bauksit Di Guinea

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Powerus Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Malaysia dan China, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan  Kindia Resources Sarl (KR) untuk melombong bauksit di Republik Guinea, Afrika Barat.

Dalam kenyataan di sini, Isnin, Powerus berkata KR, syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Guinea, melantikanya sebagai operator eksklusif perlombongan bagi konsesi bauksit di Guinea.

Ia berkata berdasarkan MoU yang dimeterai pada 26 Februari di sini dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, KR juga melantik Powerus untuk memasar dan menjual semua bauksit yang dilombong, di peringkat antarabangsa.

Guinea menguasi satu pertiga daripada rizab bauksit, logam yang digunakan untuk membuat aluminium, dan kini menghasilkan kira-kira 18 juta tan setahun.

Pada peringkat awal, syarikat itu diberikan hak eksklusif kepada kawasan seluas 600 kilometer persegi terletak 90km dari ibu negara Guinea, Conarky.

Perlombongan di kawasan berhampiran, di lapangan geologi yang sama melebihi tiga juta tan bauksit setahun, mewakili nilai tunai tahunan kasar kira-kira AS$150 juta.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Powerus , Kindia , bauksit , Guinea

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan