suria

Kazakhstan Mahu Perkukuh Perdagangan Dua Hala Dengan Malaysia

PUTRAJAYA: Kazakhstan mahu meneruskan dan memperkukuhkan hubungan perdagangan dua halanya dengan Malaysia di sebalik cabaran ekonomi global semasa.

Menurut jurucakap Kedutaan Kazakhstan di Malaysia, ini termasuk projek loji metanol dan gas asli cecair yang ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu pada Mei 2014, serta pembangunan ladang ternakan lembu di Kazakhstan.

"Daripada Januari hingga Oktober 2015, perdagangan dua hala antara Kazakshtan dan Malaysia bernilai US$76.6 juta dengan eksport keseluruhan ke Kazakshtan bernilai US$76.6 juta dan import US$396,300," katanya.

Walaupun hubungan rasmi kedua-dua negara hanya bermula pada 1992, jelas, perdagangan dua hala itu lebih memihak kepada Malaysia yang mencatatkan eksport bernilai US$122.7 juta ke Kazakhstan pada 2013 dan US$105.2 juta pada 2014.

Barangan utama yang diimport oleh negara itu daripada Malaysia termasuk produk elektrik dan elektronik, peralatan dan alat ganti, minyak sawit, pelincir, produk getah, pakaian dan perabot.

Kazakhstan pula mengeksport logam ferus, peralatan pengukuran serta perkakas dan kelengkapan paip ke Malaysia.

Dari segi aliran langsung asing, Malaysia melabur US$0.6 juta di Kazakshtan bagi separuh pertama 2015.

Selepas memperoleh kemerdekaan pada 1991 susulan pembubaran Soviet Union, Kazakhstan memulakan usaha membangun negara dengan mengkaji pengalaman negara lain termasuk Malaysia.

Berikutan persamaan dari segi penduduk yang majoritinya beragama Islam, negara kesembilan terbesar dunia itu menyatakan minat untuk mencontohi pembangunan sosioekonomi Malaysia.

Menurut jurucakap itu Kazakhstan juga berusaha menarik lebih ramai pelabur termasuk dari Malaysia, ke negara berkenaan.

Kazakhstan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain