KWSP Rancang Jual Pegangan Dalam British American Tobacco

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) merancang menjual pegangannya dalam British American Tobacco (BAT) pada harga yang wajar, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

KWSP memiliki 6.7 peratus pegangan langsung dalam syarikat tembakau itu dan memiliki 0.7 peratus menerusi pengurus dana luar.

"KWSP dari segi sejarahnya tidak pernah melabur dalam saham perjudian atau saham alkohol. Malahan, kami tidak lagi melabur dalam saham tembakau. Kami mengekalkan apa yang kami ada (pelaburan sebelumnya) dan pada masa yang sesuai kami akan menjualnya," katanya.

Bagaimanapun, penjualan saham itu akan dilakukan pada harga yang wajar, katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini, Khamis.

"Tiada tarikh masa (untuk menjual pegangan itu), apabila kami merasakan saham itu telah mencapai potensi penuhnya dan harga yang wajar, kami akan menjualnya," katanya.

Sementara itu mengenai penjualan asetnya di United Kingdom, beliau berkata dana pencen itu yang masih memiliki bangunan pejabat di London, telah menemui pembeli berpotensi bagi aset itu.

Bagaimanapun, Mohamad Nasir pantas menjelaskan kumpulan itu tidak tergesa-gesa untuk menjualnya.

"Kami memperoleh pendapatan sewa yang baik daripada hartanah itu. Namun sudah tentunya jika ada yang datang dan menawarkan harga yang tidak mampu ditolak, saya akan menerimanya dan melabur wang tersebut ke tempat lain," katanya.

Tahun lepas, KWSP menjual bangunan pejabat One Sheldon Square di London dengan harga RM1.14 bilion.

Selain bangunan pejabat yang terletak sekitar London, KWSP juga mempunyai 12 hospital di seluruh United Kingdom, yang dibeli pada 2013.

KWSP mempunyai pelaburan di lebih dari 30 negara.

Tags / Kata Kunci: KWSP , British American Tobacco

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan