Keuntungan Bersih Public Bank Lepasi RM5 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih melepasi RM5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Berdasarkan prestasi memberangsangkan itu, ia mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 32 sen, menjadikan jumlah dividen bagi tahun 2015 kepada 56 sen.

Jumlah dividen dibayar dan belum dibayar bagi tahun 2015 berjumlah RM2.16 bilion dan mewakili jumlah pembayaran sebanyak 42.7 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan bagi 2015.

Public Bank mencatatkan keuntungan bersih RM5.06 bilion, meningkat 12 peratus daripada RM4.52 bilion pada tahun sebelumnya. 

Pendapatannya meningkat 13.8 peratus kepada RM19.2 bilion berbanding RM16.9 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan Public Bank kepada Bursa Malaysia pada Rabu, ia berkata, prestasi itu disebabkan oleh pendapatan lebih baik untuk pendapatan faedah bersih dan pendapatan bukan faedah lebih tinggi.

Bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan operasi lebih tinggi disebabkan oleh kos kakitangan lebih tinggi.

Pinjaman kasar meningkat 11.6 peratus kepada RM273.4 bilion didorong oleh pertumbuhan dalam pembiayaan hartanah, pembiayaan kenderaan penumpang dan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Deposit daripada pelanggan meningkat 8.9 peratus kepada RM301.2 bilion, yang sebahagiannya menyumbang kepada pendapatan faedah bersih lebih tinggi pada tahun ini.

"Keputusan mencerminkan pelaksanaan yang konsisten daripada strategi pertumbuhan organik kumpulan ini yang terus memberikan hasil yang baik kepada pelanggan dan pemegang saham," kata pengasas dan pengerusi, Tan Sri Teh Hong Piow dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kedudukan pembiayaan bank yang kukuh itu disokong oleh francais runcit yang kukuh dan asas pendeposit domestik yang besar dengan lebih lima juta pelanggan terus memberi kepercayaan dan keyakinan dalam kumpulan itu bagi menjaga dana mereka.

Nisbah pinjaman terjejas Public Bank meningkat kepada 0.5 peratus pada akhir Disember 2015.

Bank mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 19 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM1.49 bilion manakala pendapatan meningkat 8.8 peratus kepada RM4.93 bilion pada suku keempat.

Tags / Kata Kunci: Public Bank

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan