MPIC Optimis Terhadap Prospek Minyak Sawit

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) optimis terhadap prospek industri minyak sawit Malaysia, menyatakan langkah untuk mengurangkan simpanan stok minyak sawit mentah (MSM) mula menunjukkan kejayaan.

Menterinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata paras stok MSM Malaysia menunjukkan pengurangan daripada 2.9 juta tan kepada 2.6 juta tan pada bulan lepas.

"Ini petunjuk yang baik bahawa negara dapat mengurangkan simpanan stok susulan dua program yang dilaksanakan MPIC.

"Langkah itu melibatkan peningkatan dalam penggunaan biodiesel B7 dan ke arah program B10, selain insentif skim penanaman semula. Kedua-duanya telah menunjukkan hasil.

"Dengan jangkaan fenomena El Nino dan pengurangan simpanan stok, wujud keyakinan yang tinggi terhadap industri minyak sawit tempatan," katanya.

Uggah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Prospek dan Kajian Ekonomi Minyak Sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan bertemakan, "Minyak Sawit: Memaksimumkan Peluang Semasa Tempoh Mencabar", di sini, Selasa.

Memandangkan simpanan stok MSM Malaysia menjadi petunjuk baik bagi stok global, Uggah berkata Malaysia perlu terus mempunyai mekanisme yang berkesan untuk mengurangkan simpanan stok dalam negara dan dalam kawalannya sendiri.

"Mekanisme terbaik untuk ini ialah melalui pelaksanaan program biodiesel dan penanaman semula.

"Selain membantu mengurangkan simpanan stok MSM, program biodiesel turut menyumbang ke arah pengurangan pengeluaran karbon dioksida yang Malaysia komited menyokong Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim," katanya.

Program biodiesel terkini Malaysia melibatkan campuran 10 peratus biodiesel berasaskan sawit (metil ester sawit) dengan 90 peratus diesel petroleum bahan api fosil, yang akan menggantikan B7.

"Semasa kita melaksanakan B10, 1.0 juta tan akan digunakan di peringkat tempatan. Bagi mengubah simpanan stok MSM kita kepada penghasilan biodiesel melibatkan tempoh masa yang amat mudah berikutan peserta mempunyai semua kemudahan.

"Pada masa sama, kita tidak menyimpan stok biodiesel yang berlebihan," kata Uggah.

Mengenai skim penanaman semula kelapa sawit, beliau berkata peruntukan sebanyak RM100 juta sebagai insentif, bertujuan bagi penanaman semula 83,000 hektar ladang kelapa sawit yang tidak produktif di seluruh negara.

Pengalaman El Nino telah menunjukkan mungkin terdapat pengurangan sebanyak 10 peratus dalam pengeluaran MSM Malaysia.

Uggah turut menggesa syarikat perladangan yang mengalami kekurangan tenaga kerja untuk mengemukakan keperluan mereka pada akhir bulan ini.

"Kerajaan memberikan sokongan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi industri, termasuk kekurangan tenaga kerja," katanya.

Tags / Kata Kunci: MPIC , Minyak Sawit

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan