Mydin Akan Tumpu Kembangkan Perniagaan Di Pasaran Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 9:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Bhd akan memberi tumpuan mengukuhkan rantaian runcit di pasaran domestik berbanding mengembangkan jenama itu di seberang laut, kata Pengarah Urusan, Datuk Ameer Ali Mydin.

"Adalah penting untuk kami membina tunggak yang kukuh di negara kita terlebih dulu sebelum menembusi negara luar kerana apabila anda pergi ke sana, anda perlu bersaing dengan orang lain dan Mydin tidak cukup besar untuk berkembang ke seberang laut," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sebelum ini dilaporkan Mydin akan melabur RM1.03 bilion pada 2016 untuk membuka sembilan lagi outlet.

Outlet baharu terbabit terletak di Pulau Sebang (Melaka), Samariang dan Vista Tunku (Sarawak), Jengka (Pahang), Mutiara Rini (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), Sungai Petani dan Mergong (Kedah) serta Sepanggar (Sabah). 

Ketika ini Mydin mempunyai 20 outlet dan enam pasar raya, yang dikenali sebagai Sam's Groceria. 

Mengenai Perkongsian Trans Pasifik, Ameer berharap kerajaan tidak membenarkan peruncit asing memasuki segmen kedai runcit.

"Tidak mengapa untuk peruncit besar bersaing dengan firma gergasi lain, tetapi ia berbeza daripada segmen kedai runcit di Malaysia, yang didominasi rakyat tempatan," katanya.

Mengambil Thailand sebagai contoh, Ameer berkata, keputusan negara jiran itu membenarkan peruncit terkemuka memasuki segmen kedai runcit kecil menyebabkan berlakunya penetapan harga dan ini membawa kepada saingan sengit untuk menguasai pasaran.

"Mereka (peruncit asing) mahu menguasai pasaran dan membunuh pesaing..kedai kecil tidak mendapat manfaat dan kemudian mereka (pengusaha tempatan) cenderung untuk meningkatkan harga, ia tidak baik kepada pengguna.

"Saya berpendapat, tindakan (membenarkan peruncit memasuki pasaran kedai runcit adalah salah, ia berbeza apabila kita membenarkan francaisor asing memasuki pasaran domestik, ia mungkin tidak begitu teruk tetapi pemilik mestilah orang tempatan," katanya.

Ameer berkata, dengan membenarkan syarikat asing memasuki segmen pasar raya dan kedai runcit, ia memberi kesan negatif kepada keluaran dalam negara kasar dan pendapatan negara kasar kerana wang akan mengalir keluar.

Menurutnya, kedai runcit tempatan seperti 99 Speedmart dan KK Mart beroperasi dengan baik di bawah keadaan sekarang.-- Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan