Syed Faisal Dilantik CEO Kumpulan DRB-Hicom

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd melantik Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa 4 Jan 2016, menggantikan Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Mohd Khamil akan bersara pada 20 Januari 2016, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Isnin.

"Syed Faisal, 50, ialah seorang akauntan yang memiliki pengalaman korporat yang luas dalam pelbagai industri.

"Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan eksekutif antaranya sebagai CEO Malakoff Corp Bhd, Gas Malaysia Bhd dan New Straits Times Press (M) Bhd.

"Beliau juga bekas pengarah eksekutif Konsortium Logistik Bhd dan pengarah urusan kumpulan Pos Malaysia Bhd," katanya.

DRB-Hicom berkata Mohd Khamil akan melepaskan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Mac 2016 bagi memberi masa mencukupi untuk penyerahan tugas kepada GCEO baharu.

Mohd Khamil menyertai DRB-Hicom sebagai Timbalan Pengerusi Kumpulan pada 19 Julai 2005 dan menjalankan tugas sebagai eksekutif penuh pada 16 Ogos 2006.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Mac 2006, katanya.-- Bernama



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan