Malindo Air Perkenal Laluan Ke Colombo Dan Ho Chi Minh

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air kini membuka tempahan untuk perkhidmatan penerbangan terbarunya dari Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) masing-masing ke Colombo dan Ho Chi Minh, Vietnam.

Menurut syarikat penerbangan hibrid itu, penerbangan harian ke Colombo akan bermula 18 Dis, 2015 manakala penerbangan ke Ho Chi Minh pula mulai 29 Jan, 2016.

"Tambang promosi untuk perkhidmatan KL-Colombo bermula daripada RM339 untuk kelas ekonomi dan RM579 bagi kelas perniagaan, kedua-duanya bagi tambang sehala, semua termasuk faedah istimewa seperti peruntukan bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan, hidangan makanan serta makanan dan minuman ringan.

"Bagi KL-Ho Chi Minh, tambang bermula daripada RM129 bagi kelas ekonomi dan RM399 untuk kelas perniagaan, kedua-duanya bagi tambang sehala, termasuk semua," menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tempoh penerbangan antara KL dan Colombo akan mengambil masa tiga jam 25 minit manakala tempoh sejam 55 minit bagi laluan KL-Ho Chi Minh dari hab utama syarikat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, menurutnya.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan