Loji Jana Kuasa Arang Batu Mudajaya Di Indonesia Mulakan Operasi Komersial

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Loji jana kuasa arang batu Mudajaya Group Bhd di Indonesia telah memulakan operasi komersialnya, demikian menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata PT Harmoni Energy Indonesia, syarikat sekutu yang dimiliki dengan pegangan 46 peratus, mencapai tarikh operasi komersial bagi loji jana kuasa menggunakan arang batu di Desa Baruta Analalaki, tenggara Sulawesi, Indonesia itu pada 29 Oktober 2015.

Pencapaian ini adalah baik untuk kumpulan dari segi peluang pengembangan dalam sektor tenaga di republik itu, katanya.

"Kumpulan dapat menghantar cadangan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi membangunkan loji jana kuasa baharu di wilayah sama," katanya.

Loji jana kuasa berkapasiti 2x7 megawatt itu dibangun menerusi konsep bina-operasi-dimiliki susulan pemeteraian perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh PT Harmoni dengan Perusahaan Listrik Negara (PLN) pada Julai 2011, untuk selama 25 tahun daripada tarikh operasi komersial.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mudajaya Group, James Wong berkata ia merupakan satu pencapaian penting bagi syarikat yang meneroka sektor tenaga di Indonesia.

"Loji ini akan memperkukuh loji tenaga sedia ada yang beroperasi menggunakan enjin diesel di Bau Bau dan Buton.

"Kami ambil maklum objektif PLN dalam jangka panjang untuk meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik menggunakan loji tenaga arang batu yang lebih cekap bagi wilayah itu berbanding loji enjin diesel," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata prospek untuk pengembangan adalah baik dan Kumpulan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi membangunkan loji dengan kapasiti lebih tinggi di kawasan itu bagi menampung pengembangan yang diunjur seiring pertumbuhan permintaan.

Mudajaya berkata loji tenaga itu akan menyediakan aliran pendapatan berulang kepada syarikat.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan