LHDN Sasar Kutipan Cukai RM132.566 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM132.566 bilion tahun depan, selepas mengambil kira penurunan harga petroleum yang kini berada di bawah US$49 setong.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata bagaimanapun kutipan tersebut turut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dunia, terutama naik turun harga minyak.

"Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dan kita yakin, ia akan dapat dicapai dengan pertumbuhan ekonomi semasa negara serta jika tidak berlaku kegawatan ekonomi dunia," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi LDHN 2015 di sini, Isnin.

"Kita memantau situasi ini, lebih-lebih lagi apabila kutipan zon tiga digit iaitu RM100 bilion untuk tahun ini dicatatkan pada 30 Oktber berbanding 5 Oktober pada tahun lepas berikutan kedudukan ekonomi semasa yang tidak begitu memberangsangkan," katanya.

Mohd Shukor berkata untuk kutipan tahun ini, Kementerian Kewangan juga menurunkan sasaran awal daripada RM142 bilion kepada sekitar RM130 bilion ekoran kejatuhan harga minyak.

"Keadaan (kejatuhan harga minyak) memberi kesan ke atas seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali," katanya.

Pada 2010 kutipan cukai berjumlah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion manakala pada 2014 berjumlah RM134 bilion.

Dalam pada itu, dari segi jumlah pembayar cukai, beliau berkata walaupun kerajaan telah meningkatkan jumlah had pelepasan peribadi dan sebagainya, namun jumlah pembayar cukai biasanya akan bertambah dalam lingkungan 10 peratus setiap tahun.

Tags / Kata Kunci: LHDN , Cukai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan