suria

Siemens Meterai Perjanjian Penyelenggaraan Dengan TNB Remaco

KUALA LUMPUR: Konglomerat multinasional Jerman, Siemens AG memeterai perjanjian penyelenggaraan jangka panjang dengan unit pembaikan dan penyelenggaraan Tenaga Nasional Malaysia Bhd (TNB), TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco), bagi menyelenggara Loji Tenaga Jambatan Connaught di Klang.

Siemens berkata perjanjian penyelenggaraan jangka panjang itu akan membantu memastikan operasi yang selamat dan pasti loji tersebut menerusi kos penyelenggaraan yang boleh dijangka dan perlindungan jaminan meluas.

Perjanjian juga merangkumi bekalan alat ganti pengeluar peralatan tulen dan pengurusan hentian profesional selama 14 tahun atau bersamaan 99,000 jam operasi, katanya dalam kenyataan.

"Menerusi perjanjian penyelenggaraan jangka panjang baharu ini, kami akan terus menyokong dan memastikan prestasi optimum dan memaksimumkan kitar hayat aset loji tenaga," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia,  Prakash Chandran yang dipetik oleh kenyataan.

Perjanjian itu merupakan penyelenggaraan jangka panjang kedua Siemens yang dimeterai dengan TNB, menyusuli perjanjian pertama pada 2013 bagi penyelenggaraan turbin di Loji Tenaga Kitaran TNB Prai, bagi tempoh sehingga 20 tahun atau bersamaan 100,000 jam operasi.

TNB, Siemens

Artikel Sebelum

Artikel Lain